Thursday, February 26, 2009

=aku vs dia....=

Based on my birthday


You are sincere and easy going. Flattering and charming around are not your style. You care so much for freedom that often leads you to the difficult path. Because of your sincerity, most people find you easy to be around although you are sometimes too straightforward. Your Love, Your gentleness, care and sincerity make you an attractive person. Even though you don't intend to be charming, but you naturally are, especially in the eyes of opposite sex.

*wah..dengar macam bagus lak kan...tp..btol aku ni easy going..tp tu la..lidah aku ni tajam cket..hehe..tp..psl charming tu...hehe..no komen

My greatest STRENGTHS ...

Seasoned and Original.

*original..ye..stuju gak..aku tak ske org hipokrit n gediks ni..pe lg yg budget bgs

My greatest WEAKNESS ...

Rash, impatient and self-rigorous.

*ahaha..kadang2 je la aku gopoh n tak sabo..tapi kejam??nop....

Jobs My should pursue ...

Journalists, actors, lawyers and teachers.

*pelakon..mmg bbkat..wartawan...bley r..peguam??..aku tak ske sejarah..cikgu..bleh..tp cikgu yg garang



Based on his birthday

Although you are innocent and romantic but your expression often mislead others that you are an active, fun loving kid. Because of your double personality, it's hard for others to really know the real you. You are careful and patient. Your Love, Your love is the greatest which often surprises others. No one can bring you to light when you are in love. Your confidence might lead you to the track your parents disagree.

*Your Love, Your love is the greatest which often surprises others...ahaha..untung x aku..

His greatest STRENGTHS ...

Strongly loyal to family values.

*anak ayah..


His greatest WEAKNESS ...

Pessimistic, haughty and sometimes unsociable and miserly.

*putus hrp??..ntah..myb...mmg ssh cket nk bgaul..tapi tak r angkuh n kedekut...eish2..

Jobs he should pursue ...

Contractors, directors, architects, engineers and editors.

*ahaha..smua cam tak sesuai je..da amik architect.tak jd gak...lg sesuai jd self employed kot...


erk....mane leh percaya semua ni..aku saje je wat utk suka2


Friday, February 20, 2009

=new love story=cinta beralih arah


(gambar sekadar hiasan)

dah lama rasenya tak jd doktor cinta..sbb da lama takde sebarang pengaduan...
kali ni aku ada customer baru...n aku baru je kenal dia dlm 4 bulan...

bagi aku kisah ni agak biasa..tapi aku pelik jugak lah..biasala..masalah orang ni ada pelbagai...kali ni perempuan yang aku gelar sebagai
haz...
cerita haz ni bermula cani...

haz ni da ada boyfriend..dan hubungan dieorang dah tahap stabil..dah empat tahun berkawan..da kenal family dua belah pihak..sama-sama bertungkus lumus menghabiskan ijazah...dan masing-masing tolong menolong stu sama lain..kiranya banyak la moment2 penting dlm idup dieorg ni dieorg share...

lagipon...tempat lahir mereka pon tak jauh...habiz sahaja degree..haz mengikuti latihan sambil kerja di satu syarikat minyak malaysia...haz ni pulak berdarah kerabat..cantik...kirenya dia mempunyai pakej lengkap wanita idaman lelaki..yelah..otak pon geliga...kalau tak..tak mungkin dlm umur 22 tahun dia da bekerja di sebuah syarikat minyak malaysia..lulusan universiti teknikal dengan tajaan penuh tenaga nasional berhad...


setelah 6 bulan bertugas di syarikat tersebut..haz menemui aku..dia bertanya pendapat aku..mungkinkah dia terkena buatan org..penerimaan 1st aku mesti la gelak....aku ingatkn dia bergurau..yela..aku nmpak dia segar bugar je..tak mungkin la sakit dalaman..


"lin rasa....i kene buatan org tak"
"apsal lak u cakap camtu...u ni ade2 je la.."
"ntala lin..i rasa cam kene buatan org"
dia siap bantai gelak gak..
"hehe..cube u cerita..apsal u ckp cmtu??"

so...story 2 start kat cni..baik aku letak dialog kan...daripada aku kupas..susah nk buat ayat...so dialog tu lebih kurang camni r...:

"ada oficemate i tu ske kat i tau..die da konfess da kat i..da la i keje satu tempat ngn die..siap satu department lg tau.."..dia da start cerita...time tu cerita kat tv pon aku da tak fokus da..aku sibuk nk dengar die cerita...then aku teke la..

mesti u rasa tak slesa kan...da la satu tempat keje” aku teke camni sbb aku tau si haz tu da ade boy...

itu la prob nya lin..i tak rasa pon camtu..i memang baik ngan that guy..tp bila dia konfess kat itu..i rasa I pon ada hati kat dia la lin”

hah?? u bia benar haz..dia hensem ek?? tak pon kaye..” aku serkap jarang lg..

tak pon...dia tak la hensem sampai I rase leh pikat I..kaye pon tak...tu yang I konpius..nape I leh ade hati ngn guy tu...dia ade motor je lin..then heavy smoker..u kn tau syafiq(name boy die) tak smoke..ade kete..”

aku pon da tak nyampuk...bia die trus cerita je..lgpon kisah dia agak menarik..

that's y la I plek...nape I leh ade hati..bila I jupe syafiq..i rasa cam kosong..mesti u pelik kn lin”

bile die da ckp cmtu..maknanya die mintak pendapat aku..lgpon kebanyakn pengadu aku pon..memang ske mintak pendpt..aku pon try r perah idea..da la time tu aku tak sedia...hehehe..


haz..u da penah klua ngn guy tu ke??”

hehe..da pernah...u ingt tak valentine tu..hari sbtu kan..i sanggup pi keje tau sbb nak jupe guy tu..sbb mggu ni dia pegi miri..bila bf I ajak klua I cakap I penat...cousin I pon da prasan..ble I cakap ngn syafiq...suara I macam nk marah2..tp dengan guy tu suara I mcm mnja2”

then...u rasa apa??” aku trus mengkaji..

i taknk hipokrit lin...tu apa yang I rasa dari hati I..bukan I buat-buat..i konfius la..”


yang memburukkan lagi keadaan bila boyfriend si haz ni baru je dapat offer kerja tempat yang sama dengan si haz..mesti keadaan haz nnti jadi serba salah..

so aku pon bg la pendapat aku...


i rasa haz..u patut pilih..tak pun u take time dulu..u br je kenal guy tu...maybe u bosan kot ngan syafiq...tapi I just nak cakap satu je..perhubungan bukan di kira dari segi masa..tak semestinya u couple 4 taun..akan berakhir dengan sebuah perkahwinan...”

dia mengangguk setuju..then aku sambung

so..u timbang la balik hati u..kalau sekarang pun u da ilang perasaan kat syafiq..tak guna gak u stay ngan dia...tapi sebab semua ni masih baru..mayb sebab dah lama org lain tak approach u..tu yang u rasa tertarik..u slalu mimpi2 bdk tu”

so...u rasa I bkn kene buatan org la lin??”dia menyampuk..

itu I sendiri tak leh jwb..semua tu benda takleh nampak...tapi bg I..sbenanye..smua terletak pada hati u......”



sebab tanak entry ni panjang sangat.....aku nk stop kat cni..heheh....


*******************************************************************************


how to download add-ons fire fox...(bg yg menggunakan linux)


ni cara aku baru belaja..taknak install add-ons tu..tapi juz nk download...


    pegi la kat website https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/

  1. search for add-ons yang kita nak..cth fast dial

  2. click add to fire fox....then dia akan klua window auto install..biakan je..

  3. then bukak terminal

  4. pastikan dah install wget dl..kalau belum install dulu...

  5. cara nak install wget = yum install wget

  6. bila da install....letak command wget n letak nama addons yang tertera kat window (auto install)

  7. so bila da siap dnload..tgk kat folder download...


Thursday, February 19, 2009

=lelaki=


Dalam artikel kali ni, saya akan bagitau apa yang anda sebagai wanita MESTI tau tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan kerja tersebut.

2)Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantic.

Wanita pulak berbeza. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah 'meeting'..senang cakap selagi tak tidur!

2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!
*************************************************************************************************

Thursday, February 12, 2009

=luv one=



after editing.....juz for SHAHRULNIZAM....

**************************************************************************************************
Wednesday, February 11, 2009

=politik punye hal=

Mohammad Nizar diiringi beberapa bekas Exco yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di hadapan bangunan berkenaan pada pukul 11.03 pagi.

kecoh btol soal politik negeri perak sekarang ni..aku pon ikot nak nyibuk2 gak..bukan nak komen psl ape pon..aku cuma nak tau je ape gaknye tindakan manusia2 ni lepas ni..lebih senang jd pemerhati..sebab merancang dlm senyap adalah cara terbaik..dari menggembur2 kn keadaan..

aku pon bukan arif sangat tentang undang-undang..so aku bertanya la slh sorang housemate aku yang jg legal officer a.k.a peguam...boleh ke tindakan semua tu berlaku...
berikut adalah komen die
"dalam undang-undang..tindakan karpal nak saman Raja Perak tu memang boleh...tapi bila dia buat macam ni..macam da kurang hormat dengan institusi kerajaan tu" "tindakan nizar lak (x-ketua menteri perak) tu agak melampau sebab ingkar perintah raja yg memerintah negeri..Raja memang mempunyai kuasa melucutkan jawatan seseorang..." aku pon mengangguk laju...pastu lom lg klua soalan br...die da smbung "cuma yang pelik..satu je..sbb exco yang sedia ada tak dibubar..supposely...kene bubar semua..baru la tak jd kecoh"

aku pon mengangguk setuju..so aku sambung soalan lg...
"so..nizar da tak lyk la kn duduk kediaman menteri tu..." n die plak yg mengangguk stuju..

pendapat personal aku lak....aku memang tak ske karpal tu..mulut celupar...n tak sedar diri..mak aku ckp "die da wat slh..sebab tu la mcm2 die kene wat" ble aku pk2 btol gak ape mak aku ckp..mentang2 die peguam tua..die ingt semua kene dengar ckp dia....tindakan die tu boleh memecah belah kn kaum...bila semua da jd..dia ke nk bertanggung jwb..susah2...
BUANG NEGERI JE!!..

lgpon sebab die la anggota polis da jd byk keje.kene uruskan pelbagai aduan..di setiap pelusuk negeri...so aku nampak dari semua ni cuma satu...org melayu kene sedar..andai kita bersatu..kita pasti jd kuat...tgk la sekarang..semua tempat mengadu benda yang sama...cuba semua bersatu hati...ni tidak..ada je makhluk yg bernama melayu berhati songsang..bersifat dengki dan keji...

gila kuasa..dan akhirnya melibatkan orang lain..wat gosip sana sini...sebab nak kuasa..sanggup jatuhkn bangsa sendiri..time syaitan da naik kepala...smua benda da tak di hiraukn da...kdg2 bosan pon ada...ble dieorg cr publisiti murahan..skang ni..bkn artis je pndai cr publisiti camtu..ahli politik juga tak terkecuali..

yang peliknya..nizar tu yang kene buang...si karpal lak yang menggelabah..bak kata org..
cubit peha kanan..peha kiri lak terasa...tp peha knn tu kebal...

da r..tanak komen psl ni byk2..kang tak psl2 aku termasuk dlm akta "hasutan"..bahaya weh..n aku bknlah pejuang berani mati....

so nk bc lebih lnjut...pi kat link

karpal

nizar

**************************************************************************************************

kekosongan jawatan yang aku nk umumkan ni mcm tak glamer lak nk announce kat blog..hehe
tapi org ckp..tak slh stakat announce..so sesiapa yng berminat nk jd tea lady di kwsn cyberjaya..sila la contact aku..hehe..takpon anta je resume pi company aku..tp...nk jd tea lady kene anta resume ke ek???

sblm abiz tu..nk letak gamba2 n vdeo rumah terbuka CYBERJAYA..hehe...so pd yg aku candid gambo tu..jgn marah...=)




vdeo dok kat meje aku..yg len smue kat ujung blah sane


grgnye muke saro..saro tgh meninjau sekeliling..

ape yg eavay wt??mintak air abdullah ke??

ele..ye2 je abg jamal tu...

ala..kpale indran lindung muke en haris..

ni lak..vdeo sblm balik opiz..sempat gak aku nengok singa tu mnari2...


k..tata
Tuesday, February 10, 2009

=sakit tekak...bumi beriklim sejuk??=



tak cube lg..tp da post kat cni.. shima kata "ko jgn caye..jgn brangan"...tapi aku skadar ske2...ehehe...mmg aku degil..leh di piat telinga...opiz sejuk...tekak sakit..n tak lama lg..mesti aku pembawa virus batuk dan selsema..berkongsi wabak ni dengan satu opis...nak garu tak leh...rase cam pedih2...

tak slera mkn...tapi habiz gak nasi lemak n ayam rendang aku telan..malam da mkn bubur..lepas balik kg..tersampai awl lak wlpn tade tket..ingat nk wat long journey..dari bp->muar->melaka->seremban nek bas...then bari amik komuter pi serdang..tapi tak jd..sbb buah hati aku bising

"nk smpai pukul bape?? jgn mcm2 leh x.." dia da bising2.. "ala..mana tau...tade tket..nk pi bli jauh la batu pht tu..nek bas jauh..nk pth2 balik...penat r.." aku balas balik..

sebab aku mls nk bertekak byk2 aku tumpang je abang die blk nilai..n bakal abg ipa aku tu turunkn aku kat stesen btg bena...aku sampai2 je..belom lg nek jejntas..kpale tren da sampai kat platform..nsb r aku pkai slipa jepon je..aku pon pecut nek jejantas..trn2 je..pintu tren da tutup..

uwaaa....tapi aku ngan glojoh n tak puas ati..try picit butang kat pintu tren sambil bharap tren tu brenti n lom jln lg..sambil tu aku dengar suara pendtg asing yg br trn dr tren tu ckp

"khesian loh...tlepas trennya...nungguin lama lagi jdnya..ahahaha" leh lak die sibuk2 bg komen..tah cane..lepas je "pendtg asing" tu ckp camtu...tren tu brenti n bukak pintu balik tok aku...wahahaha...aku dengan banggenya mlangkah msk wlpn time tu jntung aku berdegup2 kencang sebab baru lepas berlari.. n pe lg..aku wt r muke kerek sbb bjya nek tren tu...

sampai umah dlm kol 4.30 ptg..wktu plg cpt aku blk slame aku dok area ctu..gaknye bkl abgn ipa aku tu bwk kete laju...tak penahnye nak pi ke lane belah kiri...tak penat gaknye asik nk tekan pedal minyak...eheheh...

balik umah..aku tdo..n petang lak msk bubur..sakit tekak r..nk MC r cani..tak pon bg truk cket..n bg jangkitan kat satu opis...ehehe...iklim khatulistiwa..tp cuaca mcm bumi beriklim sejuk lak...ptt r malaysia boleh menang dlm ukiran ais kat jepun..

sbb org2 mlysia da biasa dok tempat sejuk2..sbb aircond opis cam udara kat genting sjuknya..mau je aku bli sweater ade glembung2 tu..tapi kang org kate over lak ye..hehe..cnthnye jaket cani

ha..mau tak org akan ckp aku menggelabah..tu lom pi oversea lg..br dok opiz sejuk...da sibuk bli bj mhl2..oo..ye...
sblm terlupa...congratulation wat team ukir ice malaysia..da menang kali ke tiga da..so mkn byk r org jepun nak dtg malaysia...
****************************************************************************
cakap psl org jepun ni aku teringt aku penah tlg psgn jepun cr jalan nk pi stesen hang tuah...wlpn aku phm ape dieorg ckp..aku ni tak fasih ckp jepun..ssh btol ble da lame tinggal..hape yg cikgu aku aja..smua ilang..pdhl aku dpt A time wt direction course tu..last2 ble die ckp jepun..aku phm..then aku jwb lak dlm bhs inggeris..nsb r dieorg agk educated cket..phm ape yg aku ckp..
die asik ulang ckp "watashi wa..koko ni..koko ni...doko desu ka.."sambil tunjuk peta yang die pegang...

eheh...menggelabah jugak aku...tp akhirnya aku berjaya la bg direction yg btol wlpn dlm bhs yang agak berterabur...
n byk kali gak die ckp arigato2..aku nk bls "terima ksh" da r pnjng dlm jepun..last2 aku senyum je..yela...mau tak berbelit lidah aku nk mnyebut "doitashimashite" byk2 kali..da r dieorg ske tunduk2..

akunye perbualan tu sempat gak menarik pakcik yg jg kaunter star tu..siap tnye org tu nk pi mane lg...aku pon senyum ckp.."hang tuah"...then aku truz blah..
****************************************************************************
sblm abiz entry kali ni...aku nk announce..sape2 yg nk cr bdk practikal bhgn kimia industri contact2 la akku..aku de kenal bdk2 nga sibuk cr tempat prac...

p/s : kak arni..tak minat ke SPAN nk amik bdk kimia industri wat prac kat sana...leh cek2 bhn kimia dlm air ....=)
Thursday, February 5, 2009

=p...

*********************************************************************

=buku tidak bermutu=
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

************************************************************************************************
Jenama baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.


“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
Wednesday, February 4, 2009

=byk bulu punye cerita=

tengah hari yang dingin..cewah..aku jumpe artikel yang menarik ni..so untuk dikongsi bersama..aku pon post la artikel ni...


Tak nak! Tak nak! Hajar tak nak! Dia banyak bulu. Hajar geli" aku terus meronta. Mak dan akak tak penat-penat menolak badan aku yang montel ni. Hish diorang ni.. aku cakap tak nak, tak nak la. Tak paham kot. Aku boleh je tido kat sofa malam ni.. Tak kuasa aku nak tido dalam bilik tu. ada gorila!
"hah! Jangan nak buat pasal. Apa kata sedara-mara yang ada kat bawah nanti? Nak malukan mak dan ayah?" kata ibu dinasour yang merangkap kakak aku tu. menyibuk betul minah ni. Time dia dulu aku tak penah tolak pun dia masuk bilik duduk dengan abang Jeff. Yelah, dah dia hilang awal-awal lagi lepas isyak. Mana aku ada chance nak tolak dia!
"masuklah adik.. abah dah ngantok ni. Takkan adik nak tido kat stor pulak? Masuk ya.." kedengaran suara abah di belakang aku. Semua tolakan dari mak dan akak terhenti. Aku pun diam. Kecut beb! Takut kalau abah marah. Aku terus anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik tidur ku.
Alahai.. apalah nasib aku.. bab lain aku boleh handle. Tapi kalau bab nikah kawin ni aku lemah skit walaupun sekarang aku dah pun bergelar seorang isteri kepada gorila. Malang betul nasib aku!
Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dia ni yang diterima abah? Nak kata baik, tak pun. Handsome? Lagilah tak! Yang pasti dia ni banyak bulu. Tu pun aku tertengok waktu dia nak nak cium dahi aku. Mak aih.. siap berjambang lagi. Tak pernah bercukur apa mamat ni. Aku rasa kutu pun tak nak duduk kat dalam tu. sesat katanya.. Hish.. geli aku!
Malam tu aku tertido di bawah katil bilik aku. Takut siot! aku Cuma tersedar pada keesokkan pagi. Tu pun gorila tu yang kejutkan. Wat malu aku je. Dia ternampak air liur basi aku yang keluar. Siap tolong lap dengan stokin yang dia pakai semalam lagi. Tak pe ngko. Malam nanti aku letak underwear aku yang dah pakai kat muka ko pulak!
Kehidupan aku makin berserabut sebab kena tinggal dengan mamat ni kat rumah flatnya. Aku bukannya ada duit nak sewa rumah lain so cara termudah adalah tinggal kat rumah mamat ni. Dengan syarat, aku kena cuci semua pakaiannya dan masak. Iron baju? Dia sendiri. Aku tak reti iron. Selama ni pun aku tak penah iron baju. Keja aku senang. Tak payah iron baju. Aku Cuma pakai seluar jeans dan t-shirt je pegi kerja. Kalau iron pun, tudung je.
Mamat ni bekerja sebagai accountant. Tapi serabai tok sah cakap arr.. memang macam gorila. Aku tak penah sembang dengan dia.. Aku just tulis note dan tampal kat peti sejuk kalau nak berintreraksi.
Tapi satu pagi tu, tengah aku kelam kabut nak gi studio, mamat ni wat pasal pulak. Dia demam. tak pasal aku kena mintak cuti. Aku masak bubur, lapkan badan dan ada satu kesilapan aku buat. Aku rasa tak lah besar sangat. Tapi mamat ni alah betul. Aku terbagi ubat cacing kat dia. Aku konpius la. Banyak sangat ubat kat dalam peti sejuk tu. aku tersalah amik la. Lepas tu, mamat ni cirit-birit pulak. Tambah lagi seminggu cuti aku..
Nasib baik aku punya junior boleh handle sesi fotografi tu. tak sia-sia ku jadi cikgu yang baik selama ni.hehe..
Lepas seminggu, aku terus menjalankan kerja yang aku tinggalkan selama ni. Rindu beb nak pegang kamera tu. dulu belajar penat-penat, sekarang baru rasa puas hati bila dapat amik gambar yang paling baik.
Sedang aku lapkan kamera kesayanganku, si gorila tu keluar.. Fullamak bro! dia dah tak jadi gorila la.. dah jadi Shaam. Hero tamil yang paling aku minat. Aku terus amik gambar dia. Muka dia memang terkejut gila bila nampak flash dari kamera aku.
"ko apahal? Apsal amik gambo aku?"
"hek eleh.. perasan tol! Aku nak test kamera aku boleh guna or tak. Wat pe nak amik gambo ko. wat rosak kamera aku je."
Mamat tu terus blah. Fuhh! Nasib baik sempat cover. Kalau tak, wat malu je. Aku terus cuci gambo mamat ni. Hensem gak dia ni. Tapi apsal dia buang semua bulu alias (@) jambang dia tu? konpius otak aku. Tapi tak kisah arr.. yang penting aku tak geli sangat dah.
"woi Hajar, ada bungkusan kat atas meja ko. bukak arr cepat. Aku nak tengok." Aqmar si murai tu menggamitku ke meja.
Perlahan ku buka kotak tu. macam hadiah best je. Tapi..
"arghhhh!!!! !" spontan aku dan Aqmar menjerit. Terloncat katak gemuk plastik dari kotak tu. aku lantas mencari kad yang dikirim.
Untuk si Hajar montel,
Thankz coz jaga aku sepanjang aku sakit.
ni hadiah utk ko. thank u very much..
Sincerely,
Fazrul Ahmad
Ikhlas konon! Ni perli namanya.. Aku terus mencampakkan katak tu ke dalam laci. Hee.. geli aku. Aqmar terus blah dari tempat aku. Dia pun alergi gak ngan katak. Bagus jugak ada katak ni. Senang skit nak halau Aqmar.
Aku terus telepon gorila tu. aku tarik balik kata-kata dia handsome tadi!
"woi mangkuk! Ko apahal? Nak cari gaduh ke? Apsal hantar katak pepagi ni? Dah tak da kerja lain?" terdengar ketawa Fazrul. Sebijik macam kena rasuk.
"rileks la montel.. Aku bagi sebagai tanda terima kasih aku kat ko. sepatutnya ko cakap welcome kat aku tau. Bukan marah-marah macam ni..hahaha"
"bengong punya mamat. Nanti la, malam nanti aku rebus air barli yang ko suka tu dengan peluh aku. Biar ko minum!"
"jangan risau.. malam ni aku tak balik. Petang ni aku fly ke Korea . Ada kursus. Bye montel.. hahaha.. cita-cita ko tak kesampaian.. hahaha.."
Hantu betul mamat ni. Jaga ko.. nanti kalau aku jumpa ko, aku baling ular hidup pulak kat ngko!
Fazrul balik selepas seminggu. Aku dah tido malam tu. dia masuk senyap-senyap ke dalam bilik aku dan letakkan hadiah di meja solek. Pagi tu aku menjerit lagi. Mamat ni bagi potret muka aku berbadan katak pulak. Arghhhh tensionnya aku!
Aku pulak yang kena outstation seminggu kat Indonesia . Tapi tak pe, selagi aku tak balas apa yang gorila tu buat, aku berikrar pada diri aku sendiri yang aku takkan naik flight ke Indonesia .
Pagi tu, di meja sarapan aku khabarkan bahawa aku akan ke Indonesia kepada si gorila. Dia diam je dulu.. Lama lepas tu baru dia cakap.
"gi la lama mana pun. Aku tak kisah. Aku benarkan. Janji ko jangan wat maksiat dah. Aku tak nak tanggung dosa ko. bila ko nak bertolak?"
"Lusa"
Aku tengok Fazrul enak menikmati hidangan pagi tu. Alhamdulillah. . terbalas jugak dendam aku kat dia. Aku terus keluar mendapatkan motosikal kesayanganku. Tetiba..
"woi Hajar! Apa ko bubuh dalam kopi aku ni? Kenapa ada bangkai cicak kat dalam cawan ni? Woi! Woi! Aku tak habis cakap lagi!"
Aku terus pecut motor sambil ketawa macam langsuir.. hahaha! Padan muka. Aku tak dapat nak bagi ular hidup coz aku geli nak pengang. Tapi aku berani pegang cicak, so aku bagi cicak la kat ko.. hahaha
Konpem ko kena cirit-birit balik. Hahaha.. kali ni ko jaga diri sendiri! Aku nak fly dah..babai..
Hishh.. rasa rindu la pulak kat montel ni. Kenapa dia tak tepon langsung? Tak ingat kat suaminya yang kacak lagi macho ni ke? Hishhh budak ni. Bikin hati gua jadi serabut aja! Tepon la aku wahai montel.. rindu nak usik ko.
Aku suka tengok muka ko yang cemberut tu bila kena usik. Dah la montel. Comel pulak tu. harap-harap tak da mamat yang berkenan kat bini aku yang satu ni. Walaupun niat hati aku nak tambah bini.. tapi terpaksa aku kuburkan aje.. sebab hati aku Cuma ada si montel ni. Kalau Beyonce cakap nak kat aku sekalipun, aku tetap cakap tak nak. Sebab si montel ni jugak. Patutnya si montel ni bersyukur tau dapat suami yang setia lagi penyayang macam aku ni... chewah! Hish wei montel... cepatla tepon aku! Hati ku bagai nak gila ingat kat ko ni. Kenapa aku tepon ko tak angkat?!!
Hajar kembali selepas seminggu. Fazrul terus meluru ke biliknya pagi tu.
"woi montel, kenapa tak bangun lagi? Ko demam ke?" Fazrul terus menyentuh dahi Hajar. Tak panas pun. Lantas dia memaksa Hajar membukakan mata.
"ko nak apa ni? Aku dapat cuti hari ni. Jangan la ganggu aku. Aku nak tido. Ko punya sarapan ada kat atas meja. Jangan risau, aku tak letak apa-apa hari ni. Pegi la makan. Nite" Hajar terus menyambung tidurnya. Fazrul terus berlalu.
Tetiba Fazrul pusingkan kembali badannya dan berjalan ke arah Hajar yang sedang tido. Muahhhhhh. Hah! Dah terlepas rindu aku! Mata Hajar lantas terbuka.
"apa ni?! Kenapa ko cium aku? Eee geli la!" Hajar mengosok-gosok pipinya.
Fazrul ketawa. "dah ko tak hantar khabar berita. Ni hukumannya sebab bagi aku risau"
"alah! Hari tu ko gi outstation pun bukan ko bagi tau aku."
"dulu lain, sekarang lain. Lepas ni mana ko nak gi sekalipun mesti bagi tau aku. Mesti laporkan kat aku setiap pagi dan petang. Ok?"
"ok kepala hotak ko! dah la. Gi arr blah cepat! Aku nak tido ni"
Hari demi hari yang berlalu selepas itu makin memeningkan kepala Hajar. Di mindanya sering tertanya-tanya kenapa tingkah laku Fazrul dah berubah. Makin romantik sampai kekadang tu nak termuntah bila dengar dia panggil namanya. Kena sampuk ke mamat ni?
Darling.. sweetheart.. sayang.. dear.. dan macam-macam lagi. Hah elok sangat la tu. bila dia panggil aku darling aku baling kasut kat dia. Bila dia call aku sweetheart aku bagi garam kat dia dan bila dia panggil aku sayang aku pun melayangkan buah epal kat muka dia. Padan muka! Dan bila last skali dia panggil aku dear aku jawab "apa ko ingat aku ni rusa ke? Buta betul!"
Selepas tu Fazrul Cuma panggil aku dengan panggilan Hajar aje.
Weekend ni kami kena balik rumah family Fazrul. Leceh la.. mesti kena tido kat dalam bilik yang sama. Susah aku nak salin baju nanti.
"woit! Try ko pakai baju ni" Fazrul meletakkan baju berwarna hitam di sebelah aku.
"ko gila ke apa? Kenapa nak suruh aku pakai baju tido ni. Seksi giler! Lengan dia ni gi mana? Ko makan ke?"
Fazrul ketawa. Aku membaling baju tu ke badannya dan terus turun ke bawah. Nak tengok bulan. Malam ni genap 15 haribulan Muharram. Bulan mesti cantik. Aku hanya naik tido tepat pukul tiga pagi.
Baru aku hendak lelapkan mata, tangan Fazrul memeluk pinggangku. Aku tergamam. Apa mamat ni nak buat? Dia ni sedar ke tak?
"kenapa lambat sangat naik? Abang tunggu Hajar lama tadi"
Badanku terus keras macam patung. Takut beb! Terkejut pun ada. Ni kali pertama Fazrul sentuh aku selepas dia cium aku hari tu. tu pun dia dapat cium coz aku tak sedar. Kalau aku sedar, memang makan penendang dah!
"kalau abang mintak hak abang malam ni boleh tak?" Fazrul cuba memusingkan badanku menghadapnya.
Panik. Aku pejam mata kuat-kuat dan cepat-cepat menggelengkan kepala. Rasa macam nak pecut seribu meter je sekarang ni. Fazrul ketawa melihat reaksiku.
"tak pe. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Hajar sampai Hajar betul-betul bersedia"
Kami kembali bekerja seperti biasa. Aku jadi takut nak balik lepas malam tu. aku Cuma akan sampai kat depan pintu rumah selepas tengah malam. Aku tunggu Fazrul tido dulu baru aku masuk. Dah lama aku tak bercakap dengan dia. Rasa janggal nak bersembang dengan dia macam dulu. Segan plus malu plus kelu equal hatiku celaru!
Satu malam tu, Fazrul tunggu aku balik. Dia tutup semua lampu. Aku ingat dia dah tido malam tu tapi tidak rupa-rupanya waduh! Bagaimana harusku berdepan dengan mamat yang selama ini kupanggil gorila tapi semakin mendapat tempat dalam hatiku ini?.. chewah.. bermadah pujangga pulak hati aku saat-saat ni. Haru betul!
"kenapa macam larikan diri dari abang ni? Abang takutkan Hajar atau abang ada buat salah kat Hajar?"
Aku gelengkan kepala dan tunduk aje. Walaupun aku tengah duduk kat depan Fazrul sekarang ni, tapi aku rasa macam tengah berdiri berjam-jam. Kaki aku terasa krem dan tak leh gi mana-mana dah.
"apa salah abang?" aku geleng lagi.
"kalau abang tanya, jawab! Jangan diam aje. Bisu ke?!"
Terkejut. Bagai nak luruh jantung aku malam tu. air mata aku yang selama ni tak penah keluar tetiba laju aje nak keluar. Dan aku rasa macam nak meraung je bila Fazrul tengking aku macam tu. sedih betul.
Tetiba dia memeluk dan pujuk aku. Tangisan aku ni pun satu, cubalah diam. Ni tak, lagi kuat adalah. Aku tak mampu nak kawal diri aku yang menangis malam tu. selepas sejam, aku mula cool skit. Aku angkat kepala dan melihat mata Fazrul.
"Hajar tak larikan diri dari abang. Tapi Hajar takut dan bercelaru. Otak ni rasa macam nak rebus dalam periuk aje wat sup. Mana Hajar pegi, Hajar nampak abang. Hajar tak tau kenapa Hajar jadi macam ni. Bila Hajar nampak abang, Hajar rasa nak menangis sebab Hajar tak tau apa perasaan Hajar bila nampak abang.."
Fazrul senyum. "tu maknanya Hajar dah jatuh cinta kat abang. Hajar, kalau dah jatuh cinta, berterus teranglah dengan abang. Ni tak, kelakuan Hajar buat abang tertanya-tanya apa salah abang kat Hajar"
Kami terus duduk di hadapan televisyen yang tak hidup tu. hampir tiga pagi baru kami masuk bilik untuk tidur.
"Hajar.. malam ni pakai baju yang abang bagi hari tu boleh?" mukaku terus panas.
"boleh. Dengan syarat abang pakai baju lengan panjang malam ni"
"mana ada orang tido pakai baju lengan panjang malam-malam ni. Lagipun bukan musim hujan sekarang ni"
"tapi Hajar geli la dengan abang. Banyak bulu. Rasa macam tido tepi gorila je." Aku terus berlari ke dalam bilik bila melihat muka geram Fazrul.. hahaha! terucap jugak kenyataan yang dia ni gorila..
"Hajar! Buka pintu ni! Kalau tak abang tutup lampu"
Aku terus mambuka pintu sebab aku takut gelap. Ni memang kelemahan aku!
"ooo kata abang gorila.. rasakan ni!" Fazrul terus memelukku erat sehingga aku kelemasan.
"abang! Abang! Hajar lemas. Ok, ok. Hajar janji tak panggil abang gorila dah lepas ni. Tapi dengan syarat abang kena cukur jambang abang tiap-tiap hari. Hajar geli bila abang cium Hajar macam ni"
Fazrul Cuma ketawa bila aku cakap macam tu.. haii.. nasib baik gigi dia teratur. Kalau berterabur atau rongak, aku suruh dia gelak or senyum tutup mulut jugak gamaknya.. hehe
Anyway.. aku dah tak gelar Fazrul gorila dah lepas tu. Cuma aku selalu panggil dia orang utan je. Hehe.. semoga perkahwinan kami ni sentiasa kekal bahagia walaupun hari-hari kami berperang sebab Fazrul usik aku.. tapi aku tetap sayang dan suka dia.
Thank you Allah.. sebab kurniakan pasangan yang memahami macam Fazrul alias orang utan ni..hehe.. aku gelar dia macam ni coz dia suka panggil aku kodok.. hah! Memang padan la orang utan tu dengan dia.
Harap-harap baby yang bakal lahir ni tak ikut perangai dia. Kalau tak.. aku rasa aku bakal mati sebab sakit jantung kot dengan perangai diorang ni nanti..



k r..nk wat keje...have a nice day

page

Followers